Kisah Abu Bakar r.a dicerca

Assalamualaikum w.b.t..

Apa yang terjadi antara Rasulullah SAW dan Abu Bakar mengenai cercaan ke atas seorang lelaki.

Dikeluarkan oleh Ahmad dan At-Tabarani daripada Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki telah mencerca Abu Bakar r.a. Ketika itu, Rasulullah SAW juga sedang duduk di sana. Baginda SAW tersenyum dan kehairanan melihatkan keadaan lelaki tersebut. Apabila lelaki itu mula bersikap kurang ajar terhadap dirinya, Abu Bakar r.a. pun membalas beberapa kata lelaki tersebut. Dengan yang demikian, Rasulullah SAW menjadi amat marah lalu bangun dan diekori oleh Abu Bakar r.a.. Abu Bakar berkata kepada Rasulullah SAW: "Lelaki itu bersikap kurang ajar terhadap diriku, oleh kerana itu aku membalasnya. Apabila aku mula membalasnya, kamu meninggalkan kami di tempat itu".

Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu tidak membalas kata-katanya, terdapat malaikat yang membalasnya untuk kamu. Walau bagaimanapun apabila kami mula membalas kata-kata kesatnya itu syaitan mula mengambil tempat dan duduk di antara kamu. Oleh yang demikian, aku tidak mahu duduk bersama-sama dengan syaitan".

Kemudian Rasulullah SAW bersabda lagi: "Ya Abu Bakar ! Terdapat tiga perkara yang benar iaitu:

1) Apabila seorang hamba itu dizalimi dengan satu kezaliman, maka dia meninggalkan tempat itu semata-mata kerana Allah, Allah akan menguatkan dan membantunya.

2) Apabila seseorang itu membuka pintu kedermawannannya dan memberi hadiah, maka Allah akan menambahkan kekayaannya.

3) Apabila seseorang itu mula meminta-minta untuk menambahkan kekayaannya, maka Allah akan mengurangkan kekayaannya.

Wassalam..

0 Comments:

Post a Comment




Get your own Digital Clock

Powered By Blogger

profile

My photo
'pain' bermksud sakit...tp nama ak bunyi mcm ni park_in.haa..asal dri kelantan"klate" tpi mnetap di ganung drul iman..ak bdk baek tpi nakal ckit.huhu..ak baek sbab ak dak skulh agama..hehe.xde ah..sje je.em klu ad msa kollah no ni 0140004444 tkan2 xdpt.hehe..da

asalnya..

sejarah tertubuhnya blog ini adalah pada 15 april 2009 bersamaan 19 rabiul(nama abg aku) akhir 1430...bagi teman2 yang sudi melawati blog ini diucapkan bebanyak time kasih..tetapi "sudi2lah promote kt member2 2 tentang kewujudan blog ak yang serba sederhana ini"..hehe.aku buat benda ni pun bukan ap, bagi memenuhi ruang masa lapang aku yg brtimbun2 ni..hehe.ape2 pun keep in sentuh(touch) & up 2 tarikh(date) k..

jom chat


ShoutMix chat widget

member