hahaaa

Salwa baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah.

Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar2 di sekolah itu.

Pada masa rehat.. dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri hujung padang sedangkan kawan-kawangnya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.

Salwa cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah... Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja.

Mendengar jawapan itu Salwa lalu meninggalkannya.

Beberapa minit kemudian Salwa memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama. Salwa kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah.

Lalu sekali lagi Salwa mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan...

"Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?"

Pelajar itu menjawab..

"Okey.. boleh saja...!"

Merasa bahawa pendekatannya berhasil Salwa bertanya lagi..

"Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?"

"Kerana ..." jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan...

"... Saya adalah penjaga gol!"

cerita

Cerita 1

Satu pagi di stesen keretapi, ada satu makcik tu dia tanya petugaskaunter...

Makcik: "Anak, keretapi sampai jam berapa??"

Petugas kaunter: "Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam 1 Penang , jam 7Gemas.Makcik nak pergi mana?.."

Makcik: "Makcik nak melintas aja."...si gadius kaunter tersipu sipu terus menjerit"bang ooii tipah tertipu bang ooiii"

Cerita 2

Suami isteri bertengkar. Tiba-tiba isteri terus kemas beg.

Suami: "Kenapa?"

Isteri: "Dah kahwin 10 tahun, rumah ni tak pernah aman. Saya dah taktahan. Saya nak tinggalkan rumah ni!"

Suami kemudian masuk bilik dan keluarkan satu lagi beg.

Suami: "Betul jugak cakap awak. Saya pun fed-up dengan rumah ini.Saya ikut sama, boleh?!"kata si suami selamba ...si isteri terus nanggis campai ler sekarang ni aa xhenti henti..hehe

Cerita 3

Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terrperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya.Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa.Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.

Pemburu: "Ah leganya........singa baik rupanya. Selamatlah aku."

Singa: "Ya....laa...singa yang baik selalu baca doa sebelum makan."sambil tersengehhh.huhuuu

Pelik kan.
Aku dapat daripada member yg keje kat kedai hpkat area2 sekitar kg aku. Duduk berborak dengan dia aku pun korek lahrahsia pasal handphone ni. Last-last cair jugak dia. Dia pun bagi tau lah aku cara-cara nak mereload repaid ni secara percuma.
Ok, sila baca keterangan dibawah ni untuk kegunaan ngkorang...
Untuk semua talian 012,013,016,017 dan019,anda semua selepas ini tak payahlah pergi ke kedai handphone lagi untuk mereload prepaid anda. disini ada cara untuk mereload handphone dengan cara yang agak illegal.. tapi cara mereload handphone ini hanya boleh digunakan pada 20 hingga 30 haribulan pada setiap bulan. Ini keranasetiap talian ini di upgrade pada masa-masa ini.Ok, kepada pengguna talian 012,013,016,017,019, dail 1415007 dan tunggu dalam 5 saat dan anda akan dengar seperti bunyi bising, tunggu sehingga bunyi itu hilang dan dail 9151 tunggu 3 saat dan tekan nombor telefon anda.
Anda akan dengar dia cakap "please insert you pin number" masukkan 011785 45227 00734 tunggu selepas dia kata nombor pin selesai, lepas tu dial 0405 untuk kl dan s'gor, 0406 utk kawasan lain semenanjung dan 0409 utk sabah s'wak.
Anda akan mendengar "for airtime top-up press 1723" selepas dail nombor kemudian tekan nombor telefon anda sekali lagi. Tunggu selepas bunyi bising selesai, dial 4455147 diikuti 146 selepas 5 saat...
Ok, selepas beberapa saat, anda akan mendengar "your pin number is accept" anda terus dail 1007 dan anda akan dengar "your key number is accept" terus dail 4566 dan anda akan dengar "your password is accept". Lepas itu terus dail nombor talipon anda dan anda akan dengar "pale hotak kau berjambul 66, kat dalam dunia ni anaada benda yang free dh, zaman skang nih masuk toilet pun kena bayar 20 sen maa!!"
Dan anda terus matikan handphone anda dan akan kata "jahanam punya orang ini!" ....
(bawak bbyk besabar ek...hahahaha)

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk nih...

Manusia - Nak makan, laparlah
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla...dah lapar nih

Manusia - Hari ni nak pakai apa yerk?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yg menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, lagipun takde style langsung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai anak Adam, nanti terlewat untuk ke kuliah
Syaitan - Nak cepat-cepat buat apa? Lambat lagi...baru pukul 8.30am...

Manusia - Azan sudah kedengaran...
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah
Syaitan - Baru pukul berapa....

Manusia - Eh, eh....tak boleh tengok nih, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat
Syaitan - Perggghh...best tu....

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang....

Manusia - Elok kalau akuu sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa sesusah...

Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, kamu telh berdosa, tinggalkanlah dosa itu dan bertaubatlah, sesunggunya Allah Maha Pengampun..
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat (kalau sempat)..

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu
Syaitan - Jangan bimbang, tak ada sesiapa yang tahu...

Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu...

p/s : Sama2lah kita CUBE amal...biar sikit tapi konsisten

MAKLUMAT TENTANG PERJALANAN

*Tempat berlepas : Kehidupan dunia
*Tempoh Perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dalam perut bumi.
*Destinasi : Akhirat
*Masa berlepas : Ketika di datangi Malaikat
*Masa hadir : Ketika dan selepas Nyawa di cabut
*Bentuk tempahan : Tetap, Pasti, dan tidak akan Berubah

SYARAT-SYARAT PERJALANAN
Ditujukan kepada semua penumpang. Diminta ambil perhatian !!!!

Kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan diduniadan menuju ke akhirat. Sila perhatikan ketua anda, semua (pilot) yang ikhaskan iaitu Malaikat Maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam Al-Quran dan Hadis-hadis Rasulullah serta menurutinya dengan berhati-hati.

Sebarang masalah hendaklah di rujuk kepada para ulamak dan cendikiawan.

BARANG MUATAN YANG DI DIBENARKAN

* 5 meter kain kafan putih
* Kapas Putih yang secukupnya
* Muatan lain yang di pertimbangkan :-
- Amal soleh
- Sedekah jariah
- Anak soleh yang mendoakan ibu bapanya
- Ilmu yang manfaat

PERHATIAN
* Lain-lain muatan yang ditegah adalah tanggungjawab para penumpang. Barangsiapa yang tidak mematuhinya akan di denda.

Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket, pasport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap-sedia untuk berlepas setiap saat jika tidak mahu sebarang kesusahan.

DIULANG !!!!!!!!!!!

* Tempahan perjalanan adalah sesuatu yang tetap dan pasti, yang tidak perlu diingatkan lagi. Tapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka kami menulis untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini.

Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami untuk menabur khidmat sepada anda semua.

Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik, sesuai denganfirman ALLAH surah Al-Kahfi;

Ertinya : " Barang siapa mengharap perjumpaan yang baik dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik, Janganlah pula mensyirikkan ALLAH dengan sesuatu "

Pisang dan Hati

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

ceria-ceria selalu :)














This is what the 'NIKE' company did ....
'NIKE' company wrote the name of 'ALLAH' on the shoes & from the back so no one will notice this .......

IF YOU ARE A REAL MUSLIM YOU HAVE 2 FORWARD IT DON'T STOP ......

STOP Buying their product

sP @ne in mem@ry

“Tong oren untuk plastik. Tong coklat untuk kotak. Tong biru untuk tin aluminium. Buanglah sampah di tong kitar semula yang disediakan.” Itu adalah antara kempen kitar semula yang sering kita dengar dan lihat.

Bukan baru tetapi sudah lama kempen itu dilaunglaungkan oleh kerajaan mahupun pihak berkuasa tempatan. Tahukah anda, apabila kita mengitar semula barangan yang boleh dikitar, secara tidak langsung kita juga terlibat dalam menjaga alam sekitar dan bumi.

Mungkin ada yang menganggap usaha ini tidak sebesar mana. Mungkin juga ada yang berfikir ‘buat apa kita sahaja kitar semula sedangkan orang lain tidak buat’. Adakah betul jika kita berfikiran sebegitu atau adakah perlu kita melatih diri memulakan amalan kitar semula daripada sekarang tanpa menuding kepada orang lain untuk melakukannya dahulu. Tepuk dada tanya selera.

Pada minggu ini MW mengupas isu kitar semula. Sejauh manakah rakyat Malaysia masih sedar akan kepentingan kitar semula ini. Kita ikuti pandangan beberapa responden yang sempat ditemui. Pemuliharaan alam sekitar melalui kitar semula Menurut Tuan Mazalan B. Md. Noor , Datuk Bandar Shah Alam, Selangor ketika majlis pelancaran kempen kitar semula F&N Coca-Cola dan MBSA 2009, pemuliharaan alam sekitar boleh dilakukan melalui aktiviti kitar semula.

“Pembangunan seimbang bukan sahaja penting untuk kesejahteraan dan kemakmuran sesebuah masyarakat tetapi amat penting untuk kita memelihara sumber alam di muka bumi yang pada masa ini semakin tercemar akibat daripada tindakan kita sendiri yang tidak prihatin tentang isu pemuliharaan alam sekitar.”

“Kita lihat pada ketika ini bumi kita sedang mengalami fenomena pemanasan global yang berpunca daripada pencemaran udara akibat peningkatan jumlah gasgas karbon termasuk wap air, karbon dioksida dan karbon monoksida secara berlebihan di atmosfera kita. “Ditambah pula dengan gaya hidup masyarakat moden pada masa ini yang banyak menggunakan plastik, kertas dan bahanbahan lain yang menyebabkan pertambahan sampah sarap di tapak-tapak pelupusan sampah di seluruh negara.

Sampah-sarap ini jika tidak dilupuskan secara terkawal atau bersistematik boleh menyumbang ke arah pemanasan global di muka bumi ini.” Ujarnya lagi, menjadi amalan biasa kita membuang bekas makanan atau minuman selepas isinya habis dan langsung tidak memikirkan untuk mengitar semula.

“Tetapi kita juga harus sedar bahawa dengan mengumpulkan bekas-bekas tersebut untuk dikitar semula, adalah satu amalan yang lebih bermanfaat. Bukan sahaja tahap kebersihan akan terpelihara, malahan lebih dari itu,” ujar Tuan Mazalan lagi.

Selalunya kita mendengar amalan baik untuk kesihatan tubuh badan, tetapi kali ini kita beri sedikit kelainan kerana amalan baik anda juga boleh memastikan kesihatan dan keselamatan PC. Kesihatan dan keselamatan yang bagaimana? Tentulah daripada ancaman virus, serangan Malware, PC beroperasi lambat, kehilangan dan perkara-perkara lain yang harus dan tidak seharunya dilakukan untuk melindungi PC yang begitu anda hargai (bagi sesetengah orang sangat-sangat berharga).

Amalan-amalan ini ada sesetengahnya begitu mudah untuk dilakukan dan ada juga yang agakmemakan masa dan memerlukan sedikit pelaburan. Tetapi jika hendak difikirkan, apalah sangat anda mengeluarkan sedikit wang untuk keselamatan PC anda daripada perlu melabur sekali lagi bagi mendapatkannya semula sekiranya rosak, hilang dan sebagainya. Berikut antara perkara yang boleh dilakukan untuk keselamatan PC:

BUAT
1. IMBASAN VIRUS
Paling senang dan perlu ada sedikit kerajinan. Jadikan amalan setiap minggu atau selang tiga hari untuk jalankan imbasan antivirus dan anti-spyware pada PC anda. Anda juga perlu pastikan perisian antivirus sentiasa dikemaskini untuk mendapatkan perlindungan daripada serangan virus terkini.

2. PERIKSA SERTA MERTA
Jadikan amalan untuk serta merta memeriksa emel atau fail yang anda muat turun daripada sebarang virus atau aktiviti yang mencurigakan yang boleh mengancam keselamatan PC anda.

3. KATA LALUAN SELAMAT
Sentiasa tukar kata laluan anda dan pastikan ianya tidak mudah diteka oleh orang lain. Tetapkan kata laluan untuk komputer dekstop dan komputer riba anda dan begitu juga sebaik-baiknya untuk peranti digital lain.

4. AKSESORI TAMBAHAN
Dapatkan aksesori tambahan seperti kunci komputer riba dan sebagainya untuk melindungi PC anda daripada kecurian atau kehilangan.

5. PENDINGIN KOMPUTER
Dapatkan juga pendingin komputer untuk memastikan ianya sejuk dan mampu beroperasi dengan baik. Tempatkan PC anda kawasan yang tidak terlalu panas atau yang mempunyai aliran udara.

6. BERSIHKAN PC LUAR DALAM
Bersihkan PC anda luar dan dalam seperti membuang fail-fail yang tidak digunakan, memadam fail sambungan .exe yang mencurigakan, jalankan Disk Cleanup dan Disk Defragmenter secaraberkala. Bersihkan juga PC anda daripada habuk dan cecair serta bahan lain yang boleh merosakkan PC anda.

inilah sbanyak sedikit tentang kehidupan bdak matrik program dua tahun(PDT)

kalau orang tanya...

belajar ktne?

belajar kt matrik je...(dlm diri bangga gk ckit2)hehe..bkn ak org laen r.

nah tengok ap yang dierong buat.........


welcOme


matrik johor ktne ek?em matrik johor kt daerah tangkak..tangkak ktne ek?.lu tgok sdirilh kt peta.
wt susuusah ak je..









ape ke benda yg dbuat ni(knk2 ktakan)yang xbuat plak bajet macho..hehe.jgn marah













nanti ak sambung lagiiii....

Himpunan Petua

haa...ni petua orang2 tua.kalau brasa nk cuba, cubalah..aku pn xtry lgi.jdiiii, be the one!!!hehe"risiko adalah tanggungan anda sendiri"untuk mendapatkan petua2 yang laen lg..klik dcni

  • Sakit bahagian buah pinggang

Ambil sepotong temu lawak yang panjangnya kira-kira 6 cm, kemudian dipotong dan dicuci.Setelah itu direbus dengan menggunakan air bersih kira-kira 4 setengah gelas minuman.Biarkan air itu tinggal kira-kira satu gelas.
Bila sudah kering terus disaring dan diminum bersama-sama dengan madu lebah.Ubat itu harus diminum 3 kali sehari, setiap kali diminum kira-kira 3/4 gelas.

  • Sakit siplis

Ambil lobak putih dalam sekati.Kemudian diparut halus-halus diperah dan diambil patinya.Amalkan berkali-kali segelas untuk 3 kali sehari.
Amalkan memakan jering sebagai ulam, kerana zat jering dapat membantu menghilangkan penyakit siflis yang berjangkit itu.

  • Bisa-bisa tulang

Dapatkan “akar sakit lelaki” sebanyak 3 atau 3 cekak dan direbus selama 2-3 jam kemudian disejukkan dan bolehlah diminum segelas sehari.

  • Lemah jantung dan darah tinggi

Caranya adalah dengan mencari buah Mahagani yang terdapat merata tempat di semenanjung Malaysia.Buah Mahagani boleh dikunyah mentah-mentah.Sebaiknya makan seulas untuk tempoh seminggu. Insya-Allah,dalam masa 4 minggu anda mengamalkan nya penyakit anda boleh sembuh.

  • Kencing manis

Ambil sekati rebung buluh kuning, basuh bersih-bersih kemudian direbus dengan sekati kulit kerang yang baru.Cara merebus rebung buluh kuning ialah dengan menggunakan periuk tanah dengan memasukkan satu setengah liter air dengan api yang sederhana. Sesudah air rebusan tinggal 1/4 nahagian,angkat dan sejukkan.
Anda boleh amalkan, minum setiap pagi untuk sekali sehari. Insya-allah, penyakit anda akan sembuh.Tiada pantang larang semasa mengamalkan ubat tradisional ini dan sudah ramai pengidap kencing manis sudah sembuh sesudah mencubanya.

  • Demam kuning

Ambil segenggam daun daripada pohon dukung anak.Tumbuk sampai halus, kemudian tuangkan air masakke dalamnya dan campurkan dengan sedikit garam.Minum air tersebut pada waktu pagi dan petang.

  • Penyakit kuning

Ambil daun sukun yang telah tua kemudian direbus sehingga airnya merah tua.Minum air tersebut 2 kali sehari sekurang-kurangnya untuk 3 hari.

  • Demam Berdarah

a.Beri minum air kelapa muda yang bercampur dengan air limau nipis, panasnya akan turun segerab.Beri minum segera air perahan daun kangkong sebanyak 3 sudu besar dan basahkan kepala dengan air tersebut

Cara-cara mengurangkan demam

a.Beri pesakit minum air yang banyak

b.Menyejukkan kepalanya dengan bilasan air

c.Mengurut permukaan badannya dan menyelimutkan badannya dengan kain yang tebal
Demam panas dan demam biasa serta doa penawarnya

a.Beri minum air zam-zam dan lap badannya

b.Boleh juga dilapkan badan dengan air batu dan bawa pesakit ke tepi sungai yang mengalir antara selepas terbit fajar dan sebelum matahari naik dan ucapkanlah:
“Dengan nama Allah,wahai Allah,sembuhkanlah hambamu,dan benarlah rasulmu”
Dan rendamlah dalam sungai itu seketika.Lakukan selama 3 hari berturut-turut dan jika masih tidak sembuh tambahkan 2 hari lagi.Insya-Allah, tempoh 7 hari tetap akan sembuh.

  • Pening Kepala

Pening kepala disebabkan oleh makanan yang kurang hadam, terlalu banyak bekerja, mata terasa penat kerana terlalu banyak gas busuk dalam perut.Ambil daun sawi sebanyak 6 lebar digiling atau ditumbuk menjadi halus dan kemudian dicampurkan dengan sedikit garam. Kemudian digosok-gosokkan pada dahi dan pelipis, gunakan cara ini satu atau 2 kali.
Satu lagi cara yang anda boleh lakukan ialah dengan menggunakan daun kemangi, ambil 50 lebar daun kemangi yang kemudian dikunyah, bila telah lumat terus ditelan,selepas itu cepat-cepat meneguk air hangat segelas.Ubat cara ini boleh dilakukan 2 kali dalam sehari.

  • Sakit Gastrik

Gastrik satu penyakit yang tidak disenangi oleh kebanyakan orang.Dalam perubatan tradisional orang-orang kita,bagi mengatasi sakit ini amat mudah,bahan-bahannya amat mudah diperolehi.Cara mengubat menurut orang tua-tua kita dahulu, ialah dengan mencari ubi kayu yang masih segar (masih muda).Dikupas kulitnya dan dicuci dengan bersih.Kemudian ubi kayu itu dipotong sepanjang 5 cm.Makanlah ubi kayu itu sehari 3 potong (1 potong == 5 cm) iaitu pada sebelah pagi, tengahari dan petang.Pada sebelah pagi sebelum makan ubi kayu tersebut makanlah nasi terlebih dahulu walaupun sedikit.Lakukan ini setiap hari kira-kira sampai 3 minggu atau sebulan.

  • Sakit Kepala

Sakit kepala adalah berpunca dari saluran darah dan sel-sel saraf.Sel-sel saraf terdapat diseluruh badan.Apabila sel saraf ini dibangkitkan maka rasa sakit akan dialami.Kesakitan berlaku akibat kerosakan tisu.Bila banyak tisu rosak maka rasa sakitnya akan lebih teruk.Bagi mengubati sakit kepala seeloknya mengubati punca sakit terlebih dahulu.Sekiranya terlalu kerap mungkin menandakan sakit barah otak.

i.Punca Dari PakaianPakaian yang tidak sesuai seperti terlalu ketat di bahagian pinggang boleh menyebabkan pening kepala, begitu juga dengan bauan atau minyak wangi yang keterlaluan

ii.Punca Dari CahayaAnda boleh mendapat sakit kepala sekiranya anda duduk bertentangan dengan sumber cahaya yang terang

iii.Punca Dari MataMata yang kabur dan kelabu bila melihat sesuatu dengan merenung boleh menyebabkan sakit kepala, begitu juga dengan cermin mata yang tidak sesuai kuasanya dan cermin yang kotor boleh menyebabkan sakit kepala

iv.Punca Dari PenyakitPenyakit-penyakit seperti barah, migrain, Denggi, kencing manis, dan sebagainya boleh menyebabkan sakit kepala.

v.Punca Dari KepalaOtak yang bercelaru dengan fikiran yang tak menentu juga boleh menyebabkan sakit kepala

  • Ubat sakit kepala

i.Ambil segemgam daun turi (ia seperti daun petai dan digunakan dalam membuat nasi lemak), lada sebanyak 7 biji, bawang putih beberapa ulas, dan ditumbuk kesemua bahan tersebut dan kemudian selepas ia halus dicampurkan pula dengan 1 sudu cuka dan diperapkan.Bubuhlah dikening mata anda selepas itu dan Insya-Allah akan sembuh segera.
atau

ii.Ambil cuka nipah/cuka biasa/air asam jawa/air limau nipis sekadar 1 sudu teh lalu diminum.

  • Cirit-Birit

Ramuannya;bawang merah,biji kopi, dan madu lebah asli.Bawang merah hendaklah dibersihkan dan dikupas (jangan membasuhkannya). Biji kopi dikisar halus.Campurkan bawang merah dan biji kopi yang dikisar dengan madu lalu dimakan semasa mengidap penyakit tersebut

  • Kencing Tidak Lawas

Ramuannya;madu lebah,limau oren,madu dan air panas.Limau diperah dan diambil airnya dan dicampurkan dengan madu dan air panas lalu diminum apabila menghadapi masalah tersebut.Bawang merah hendaklah dipanaskan di atas api dan digosokkan di atas buah pinggang dan pundi kencing.


Get your own Digital Clock

Powered By Blogger

profile

My photo
'pain' bermksud sakit...tp nama ak bunyi mcm ni park_in.haa..asal dri kelantan"klate" tpi mnetap di ganung drul iman..ak bdk baek tpi nakal ckit.huhu..ak baek sbab ak dak skulh agama..hehe.xde ah..sje je.em klu ad msa kollah no ni 0140004444 tkan2 xdpt.hehe..da

asalnya..

sejarah tertubuhnya blog ini adalah pada 15 april 2009 bersamaan 19 rabiul(nama abg aku) akhir 1430...bagi teman2 yang sudi melawati blog ini diucapkan bebanyak time kasih..tetapi "sudi2lah promote kt member2 2 tentang kewujudan blog ak yang serba sederhana ini"..hehe.aku buat benda ni pun bukan ap, bagi memenuhi ruang masa lapang aku yg brtimbun2 ni..hehe.ape2 pun keep in sentuh(touch) & up 2 tarikh(date) k..

jom chat


ShoutMix chat widget

member