“Tong oren untuk plastik. Tong coklat untuk kotak. Tong biru untuk tin aluminium. Buanglah sampah di tong kitar semula yang disediakan.” Itu adalah antara kempen kitar semula yang sering kita dengar dan lihat.

Bukan baru tetapi sudah lama kempen itu dilaunglaungkan oleh kerajaan mahupun pihak berkuasa tempatan. Tahukah anda, apabila kita mengitar semula barangan yang boleh dikitar, secara tidak langsung kita juga terlibat dalam menjaga alam sekitar dan bumi.

Mungkin ada yang menganggap usaha ini tidak sebesar mana. Mungkin juga ada yang berfikir ‘buat apa kita sahaja kitar semula sedangkan orang lain tidak buat’. Adakah betul jika kita berfikiran sebegitu atau adakah perlu kita melatih diri memulakan amalan kitar semula daripada sekarang tanpa menuding kepada orang lain untuk melakukannya dahulu. Tepuk dada tanya selera.

Pada minggu ini MW mengupas isu kitar semula. Sejauh manakah rakyat Malaysia masih sedar akan kepentingan kitar semula ini. Kita ikuti pandangan beberapa responden yang sempat ditemui. Pemuliharaan alam sekitar melalui kitar semula Menurut Tuan Mazalan B. Md. Noor , Datuk Bandar Shah Alam, Selangor ketika majlis pelancaran kempen kitar semula F&N Coca-Cola dan MBSA 2009, pemuliharaan alam sekitar boleh dilakukan melalui aktiviti kitar semula.

“Pembangunan seimbang bukan sahaja penting untuk kesejahteraan dan kemakmuran sesebuah masyarakat tetapi amat penting untuk kita memelihara sumber alam di muka bumi yang pada masa ini semakin tercemar akibat daripada tindakan kita sendiri yang tidak prihatin tentang isu pemuliharaan alam sekitar.”

“Kita lihat pada ketika ini bumi kita sedang mengalami fenomena pemanasan global yang berpunca daripada pencemaran udara akibat peningkatan jumlah gasgas karbon termasuk wap air, karbon dioksida dan karbon monoksida secara berlebihan di atmosfera kita. “Ditambah pula dengan gaya hidup masyarakat moden pada masa ini yang banyak menggunakan plastik, kertas dan bahanbahan lain yang menyebabkan pertambahan sampah sarap di tapak-tapak pelupusan sampah di seluruh negara.

Sampah-sarap ini jika tidak dilupuskan secara terkawal atau bersistematik boleh menyumbang ke arah pemanasan global di muka bumi ini.” Ujarnya lagi, menjadi amalan biasa kita membuang bekas makanan atau minuman selepas isinya habis dan langsung tidak memikirkan untuk mengitar semula.

“Tetapi kita juga harus sedar bahawa dengan mengumpulkan bekas-bekas tersebut untuk dikitar semula, adalah satu amalan yang lebih bermanfaat. Bukan sahaja tahap kebersihan akan terpelihara, malahan lebih dari itu,” ujar Tuan Mazalan lagi.

1 Comment:

  1. Anonymous said...
    ape barang msuk kempen2 nie..
    hua3

Post a Comment




Get your own Digital Clock

Powered By Blogger

profile

My photo
'pain' bermksud sakit...tp nama ak bunyi mcm ni park_in.haa..asal dri kelantan"klate" tpi mnetap di ganung drul iman..ak bdk baek tpi nakal ckit.huhu..ak baek sbab ak dak skulh agama..hehe.xde ah..sje je.em klu ad msa kollah no ni 0140004444 tkan2 xdpt.hehe..da

asalnya..

sejarah tertubuhnya blog ini adalah pada 15 april 2009 bersamaan 19 rabiul(nama abg aku) akhir 1430...bagi teman2 yang sudi melawati blog ini diucapkan bebanyak time kasih..tetapi "sudi2lah promote kt member2 2 tentang kewujudan blog ak yang serba sederhana ini"..hehe.aku buat benda ni pun bukan ap, bagi memenuhi ruang masa lapang aku yg brtimbun2 ni..hehe.ape2 pun keep in sentuh(touch) & up 2 tarikh(date) k..

jom chat


ShoutMix chat widget

member